KESAN LGBT
https://youtu.be/0KswY4h_hy0
KESAN KEPADA NDIVIDU
Individu yang terlibat dengan gejala ini, telah menjatuhkan maruahnya secara tidak sedar ataupun ada yang sedar maruahnya telah jatuh namun, akibat turutkan nafsu yang songsang, soal maruah dibuang ke tepi. Soal keseronokkan menjadi keutamaan. Kecelaruan yang mereka alami telah menyebabkan masa depan mereka gelap dan hancur.
Kesan lain ialah mereka akan dibuang daripada masyarakat. Hal ini kerana aktiviti yang mereka lakukan amatlah bertentangan dengan norma kehidupan seorang manusia. Sebuah masyarakat yang normal, perlu mempunyai adat dan pegangan agama yang kuat. Masyarakat memang tidak dapat menerima golongan seperti ini kerana ia akan memalukan masyarakat tersebut.
KESAN TERHADAP MASYARAKAT
Dapat kita lihat disini, kesan LGBT terhadap masyarakat amatlah dasyat, kerana ia melibatkan maruah sekumpulan manusia yang sentiasa menjaga adat tata susila dan pegangan agama. Gejala sebegini menggugat institusi kekeluarga di Barat. Malahan, mengancam institusi kekeluargaan masyarakat Timur, Asia dan Asia Barat. Dalam soal ini, ianya mencerminkan satu mala petaka (Abd. Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin dan Jamaludin Tubah, 2006). Menurut penulis buku ini juga, ianya boleh menjahanamkan institusi keluarga yang akan menimbulkan banyak kepincangan sosial, budaya, psikologi, agama, etika, dan moral. Di samping itu, mereka juga menyatakan bahawa kehancuran institusi keluarga menandakan kehancuran umat manusia.
KESAN TERHADAP AGAMA
Tujuan setiap perkahwinan adalah untuk meramaikan umat manusia di muka bumi ini. Setiap pasangan Islam haruslah melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Bagi Bagi merealisasikan tujuan ini, ia mesti melalui ikatan perkahwinan yang sah. Dan berlaku persetubuhan antara suami dan isteri.
Cuba anda bayangkan, seorang lelaki bersuamikan lelaki dan seorang perempuan beristerikan perempuan. Mereka berkahwin tanpa melalui kaedah yang betul dan hidup bersama. Dari sudut sains, apabila sperma yang dimiliki oleh lelaki disenyawakan dengan ovum yang dimiliki oleh perempuan, baru akan terhasil janin. Sekiranya amalan LGBT ini berleluasa maka, matlamat Islam untuk meramaikan umat tidak dapat dicapai degan baik.
Selain itu, timbul pula pelbagai masalah kerana matlamat rumahtangga yang kabur. Islam menggalakkan perkahwinan kerana untuk mendapatkan keredhaan ALLAH, mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan mengawal hawa nafsu dengan cara yang halal. Sekiranya salah seorang pasangan suami atau isteri yang terlibat dengan LBGT ini, sudah pasti akan memberikan tekanan emosi kepada pasangan masing-masing. Kesannya juga kadangkala tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibadat harian yang wajib ditunaikan oleh orang Islam.
Comments
Post a Comment