LGBT DARI PERPESPEKTIF ISLAM
Semua manusia sama ada lelaki atau perempuan setaraf di sisi Tuhan. Selain daripada identiti jantina tersebut, semua agama mengakui terdapat manusia yang mengalami kekeliruan identiti jantina. Hal ini, turut memberi kesan kepada orientasi seksualnya. Dalam Islam, ia dikenali sebagai khunsa yang terbahagi kepada dua; khunsa wadhih dan khunsa mushkil. Kecelaruan identiti jantina transgender dan khunsa disebabkan oleh beberapa faktor, khasnya genetik, hormon, persekitaran dan psikologi. Masalah utama kebanyakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ialah dosa dan mental, bukannya genetik dan lain-lain. Dalam pada itu, khunsa juga merupakan orang yang dilahirkan dengan kecacatan alat kelamin. Kecacatan tersebut sama ada tidak ada alat kelamin atau memiliki dua alat kelamin lelaki dan wanita (Alias Othman dan Dr. Anisah bt Ab. Gani, 2007). Menurut penulis ini lagi, alat kelamin lelaki dan wanita tersebut berfungsi atau tidak berfungsi. Penulis ini juga menyatakan bahawa aurat khunsa menurut Mazhab Hanafi adalah sama dengan aurat wanita.
Comments
Post a Comment