PERLAKUAN/AKTIVITI SEKSUAL
LGBT atau juga dikenali dengan nama lain GLBT adalah merujuk kepada sekelompok golongan yang mengamalkan cara hidup Gay, Lesbian, biseksual, dan transeksual. Nama ini telah diguna pakai sejak tahun 1990an lagi bagi melabel mereka yang mejalani hidup LGBT. Singkatan ini juga diterima oleh setengah Negara di barat seperti amarika syarikat yang memberi kebenaran untuk menjalan cara hidup LGBT ini, sama seperti protokol Negara mereka iaitu 'American is a free country'. Selain daripada itu Negara lain yang membenarkan cara hidup LGBT ini adalah Argentina, Perancis dan Turki. Istilah LGBT bertujuan untuk menekankan kepelbagaian seksualiti dan gender budaya berasaskan identiti. Ia boleh digunakan untuk merujuk kepada sesiapa yang bukan heteroseksual atau bukan cisgender, bukan semata-mata untuk orang-orang yang lesbian, gay, biseksual atau transgender. Tidak semua Negara memandang cara hidup ini patut dijalankan, sesetengah negara juga telah menentang secara habis-habisan cara hidup ini. Kebanyakan Negara ini adalah Negara-negara islam seperti Malaysia. Walaupun cara hidup ini telah sampai di Negara itu, namun masyarakat telah menolak untuk menerima kelompok ini. Ini adalah kerana cara hidup LGBT ini tidak selari dengan cara yang telah diajar oleh islam. Adalah lebih sedih lagi apabila kelompok-kelompok ini juga telah sekali digelar sebagai islam dan mendapat tuntutan ilmu yang mendalam tentang islam.
Comments
Post a Comment